Thursday, 29 September 2011

KERANG MASAK KICAP(UNTUK 4 ORANG)

BAHAN-BAHANNYA


1 Kilo kerang,
1 genggam cili kering,
2 batang serai,
5 ulas bawang merah,
8 ulas bawang putih,
Garam,
Aji no moto,
Kicap pekat,
Gula pasir,




CARA-CARA MEMBUATNYA:


Panaskan air dalam periuk,
Apabila air tersebut sudah mendidih,tutupkan api dan masukkan kerang ke dalam periuk tersebut dan biarkan selama 3 minit,
Buangkan semua air dalam periuk tersebut,
Bahan-bahan seperti bawang,cili kering dimasukkan dalam pengisar,
Kisarkan bahan tersebut sampai halus,
Potongkan batang serai tersebut halus-halus,
Buang satu belah cengkerang kerang dari setiap kerang tersebut,


Panaskan kuali,
Masukkan minyak yang secukupnya,
Gorengkan bahan yang dikisar termasuk serai,garam dan aji no moto ke dalam kuali sampai garing,
Selepas itu,masukkan kerang ke dalam kuali,
Dan gorengkan bersama bahan-bahan tersebut,
Selepas itu,tuangkan kicap pekat yang secukupnya ke dalam kuali dan gorengkan,
Masukkan 1-2 sudu makan gula pasir,
Gorengkan selama 3 minit lagi.
Dah selesai...




MUDAH SAHAJA...

1 comment:

  1. titanium bmx frame - Tioga Design & Technology
    The titanium frame works titanium hammers as a frame for an adjustable razor but is a more dei titanium exhaust wrap complicated nano titanium by babyliss pro design for titanium knee replacement a lighter lighter handle. titanium nitride coating This makes the frame lighter and

    ReplyDelete